Friday 23 November 2012

DUNIA MUZIK- JENIS ALAT MUZIK (4)

Alat muzik bertali
Alat muzik bertali ialah alat muzik yang menghasilkan bunyi dengan getaran tali yang kuat. Kebanyakan alat muzik bertali menggunakan tali logam . Alat muzik bertali biasanya terdiri daripada tali- tali diikat dari bahagian hujung kepada bahagian bawah. Ada sebahagian badan alat muzik bertali dibuat daripada kayu dan mempunyai kekuda titian tali dari kayu dipasang di papan jadi seperti fret. Pemain bermain alat muzik bertali dengan menggunakan hujung-hujung kuku jari memetik tali atau menggunakan pentaliggesek untuk menggesek tali. Antara jenis alat muzik bertali ialah biola, cello, doble bass, harp, guzheng, pipa, rehab, sape dan lain-lain. Berikut adalah gambar-gambar alat muzik bertali:




Alat muzik bertali



Alat muzik bertali - pemain memain pipa dengan menggunakan hujung-hujung kuku jari memetik tali. 




Alat muzik bertali - pemain memain cello dengan menggunakan hujung-hujung kuku jari memetik tali atau menggunakan penggesek.








Kita boleh membuat alat muzik bertali dengan mudah, marilah belajar bersama:


 Cara membuat alat muzik bertali dengan menggunakan botol, batang kayu dan tali



                 Cara membuat alat muzik bertali dengan mudah




 Cara membuat alat muzik bertali - guitar

DUNIA MUZIK- JENIS ALAT MUZIK-3


Alat muzik perkusi
Alat muzik perkusi merupakan alat muzik yang tertua. Perkataan " perkusi "di konteks bahasa Inggeris dalam muzik adalah perlanggaran  dua badan untuk menghasilkan bunyi. Alat muzik perkusi ialah muzik yang dibunyikan oleh pemukul yang diketuk, dihentak atau dipukul, dikikis, digoncang,  disapu dengan tangan. Contohnya, kastenet, gong,tamborin,timpani, dram bes, dram samping, kompang, gendang, kerincing, gamelan dan vibraphone. Ada sebahagian alat perkusi terdiri daripada alat di sekeliling kehidupan kita iaitu penyapu, tanah liat peruk, tong sampah, logam paip dan baldi. Berikut adalah gambar-gambar alat muzik perkusi:


  


                                      Alat muzik perkusi




                                        
                                                        Muzik gamelan





                                         
                                        Persembahan alat perkusi kaum India.


                                    
Alat perkusi terdiri daripada alat di sekeliling kehidupan kita. 



Di bawah ialah cara membuat dram, marilah belajar bersama:


                      Cara membuat alat perkusi - dram  

    

Cara membuat alat perkusi - Tom tom dram




 Cara membuat alat perkusi - maracas 




               

DUNIA MUZIK- JENIS ALAT MUZIK (2)


Alat muzik tuipan
Pada masa dahulu, alat muzik tiupan dibuat daripada kayu, gading atau tulang dan buluh. Manakala masa kini, alatan muzik tiupan menggunakan lagam dan bahan komposit seperti plastik, gentian kaca. Contoh alat muzik tiupan ialah rekoder, seruling, sompoton, klarinet, saksofon, flut, pikolo, oboe dan basun. Berikut ialah gambar alat muzik tiupan:
 Pan pipe


                                           
Alat muzik tiupan


         Kumpulan persembahan rekoder- Fugue Around The Clock



  Alat muzik tiupan (Brass instrument)





Sekarang masa untuk membuat alat muzik tiupan, marilah buat bersama alat muzik tuipan persendirian. 

                               
                    Cara membuat alat muzik tiupan - oboe




Cara membuat alat muzik tiupan-pan pipe dan obeo  



Monday 19 November 2012

Dunia Muzik- Jenis Alat Muzik (1)


Dunia Muzik 
Jenis Alat Muzik
Muzik terdiri daripada muzik vokal dan muzik instrumental.
Muzik vokal dikenali salah satu jenis muzik yang tua. Muzik jenis ini tidak memerlukan sebarang alatan muzik hanya daripada suara manusia sahaja. Muzik vokal ialah muzik yang dipersembahkan oleh solo atau berkumpulan penyanyi. Muzik vokal boleh iringan dengan alat muzik sama ada tidak.

Muzik instrumental pula berbeza dengan muzik vokal iaitu muzik yang mempunyai nyanyian tetapi tidak mempersembahkan dengan jelas dan tidak  mempunyai perkataan. Muzik instrumental biasanya muzik yang disembahkan daripada alatan muzik . Alatan muzik merangkumi alat  bertali, alat perkusi dan alat tiupan. Semua alat muzik mempunyai ton warna  yang berlainan  serta perlu menggunakan teknik-teknik spesifik, kreativiti dan genre muzik untuk menghasilkan muzik. Contohnya:


                      Muzik vokal tanpa iringan alat muzik


                      Muzik vokal beriringan alat muzik
                            

                              Muzik instrumental




























Sunday 11 November 2012


DUNIA MUZIK 
Dalam mata pelajaran Dunia Muzik, apresiasi muzik adalah bahagian menghayati muzik. Muzik-muzik yang perlu dihayati ialah muzik popular, muzik tradisional Malaysia, muzik klasik Barat dan muzik Asia.

Muzik Popular
Muzik popular ialah sejenis genre yang berbeza daripada muzik klasik dan lebih dinikmati oleh orang ramai pada masa kini. Muzik popular lebih fleksibel dari segi tempo, dinamik, ton warna dan irama. Antara jenis-jenis muzik popular ialah muzik rock, jazz, blues, R&B dan hip hop.


                                         Muzik pop



                                        
                                        Muzik  pop




Muzik jazz


                               
                                                       Muzik hip hop






MUZIK TRADISIONAL MALAYSIA
Muzik tradisional adalah muzik daripada sesautu kaum yang bergantung kepada budaya, adat resam sesbuah bangsa. Semua muzik tradisional mempunyai ciri-ciri bangsa tersendiri. Misalnya di Malaysia, muzik tradisional terbahagi kepada kaum Melayu, Cina, India dan Iban.



                            Muzik tradisional  kaum Melayu.






                             Muzik tradisional kaum Cina






                              Muzik tradisional kaum India
                   

   
                    
                        Muzik tradisional kaum Iban dan Bidayu






MUZIK KLASIK BARAT
Muzik barat dalam bahasa Inggeris ialah " Western Muzik" ,merujuk kepada genre-genre muzik yang berasal dari dunia barat.  Muzik klasik terdiri daripada beberpa periode, misalnya barok, klasik, romantik dan moden. Antara komposer yang kenal pada muzik klasik barat ialah Johann Sebatian Bach, Antonio Vivaldi, Ludwid van Beethoven dan Felix Mendelssonhn.



                                                   Muzik Klasik Barat







MUZIK ASIA
Muzik Asia ialah muzik dari negara Asia. Negara Asia dibahagi kepada negara Asia Tengah, Asia Timur, Asia Selatan, Asia Tenggara dan Asia Barat. Setiap negara Asia mempunyai budaya dan adat resam yang tersendiri, maka muzik Asia berbeza dengan muzik Barat dari segi mud, irama, rentak, tekstur dan tempo. 



                                                             Muzik Asia